MALAYSIA kembali meriah dengan keraian Hari Kebangsaan 2022 selepas bergelut pandemik COVID-19. Sambutan diwarnai keceriaan dan kibaran Jalur Gemilang oleh ratusan ribu orang ramai yang hadir di Dataran Merdeka
Tahun ini memang di luar jangkaan dengan kehadiran orang ramai mencecah 100,000 berbanding kehadiran pada acara masa lalu. Orang ramai telah memenuhi 100 peratus persekitaran Dataran merdeka.
Acara menarik perhatian adalah perarakan aset keselamatan dan pertahanan negara, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Orang ramai menantikan pertunjukan udara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) antaranya dibarisi lima pesawat pejuang Sukhoi SU 30 MKM yng diterbangkan dengan kelajuan 500 kilometer sejam, selain dua pesawat F-18D Hornet dan empat BAE Hawk.