HomeEkspresiFotoRakyat sayang Malaysia, Hari Kebangsaan 2022 meriah

Rakyat sayang Malaysia, Hari Kebangsaan 2022 meriah

MALAYSIA kembali meriah dengan keraian Hari Kebangsaan 2022 selepas bergelut pandemik COVID-19. Sambutan diwarnai keceriaan dan kibaran Jalur Gemilang oleh ratusan ribu orang ramai yang hadir di Dataran Merdeka

Tahun ini memang di luar jangkaan dengan kehadiran orang ramai mencecah 100,000 berbanding kehadiran pada acara masa lalu. Orang ramai telah memenuhi 100 peratus persekitaran Dataran merdeka.

Acara menarik perhatian adalah perarakan aset keselamatan dan pertahanan negara, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Orang ramai menantikan pertunjukan udara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) antaranya dibarisi lima pesawat pejuang Sukhoi SU 30 MKM yng diterbangkan dengan kelajuan 500 kilometer sejam, selain dua pesawat F-18D Hornet dan empat BAE Hawk.

Peserta-peserta tarian menari sambil mengibarkan bendera Malaysia pada Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka.
Orang ramai memenuhi persekitaran Dataran Merdeka pada hari Sambutan Kebangsaan 2022.
Peserta – peserta mengibarkan bendera Jalur Gemilang pada Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajjah Azizah Maimunah Iskandariah mencemar duli hadir pada Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka.
Turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Suasana dan keadaan ketika raptai penuh Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka.
Suasana dan keadaan ketika raptai penuh Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka.
Aksi daripada angkatan tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka.
Angkatan Tentera Darat Diraja Malaysia (ATM) menunjukkan aksi pada Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka.
Perarakan kawad daripada setiap agensi pada Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka.
Gambar posisi kawad dari atas pada Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka.
Perarakan kawad dari setiap agensi-agensi kerajaan pada Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka.
Seorang budak perempuan mengibarkan bendera jalur gemilang pada Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka.
Kelihatan jambatan turut dipenuhi orang ramai pada hari Sambutan Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka.

Author

Pilihan Editor