HomeBeritaRamai masyarakat India masih mundur - Sathia Prakash

Ramai masyarakat India masih mundur – Sathia Prakash

SHAH ALAM: Ketua Cabang PKR Hulu Selangor, Dr. Sathia Prakash Nadarajan luahkan situasi masyarakat India di negara yang masih ramai mundur dan dibelenggu kemiskinan.

Katanya pada program Perhimpunan Masyarakat India anjuran PKR, majoriti komuniti ketiga terbesar di negara ini berterusan berada di tangga B40 dan M40 sehingga hari ini.

“Saya merupakan seorang doktor dan memiliki karier yang cemerlang namun saya bertindak menyertai politik bukan hanya kerana saya hendak berkongsi segalanya bersama-sama sebaliknya juga ingin berjuang untuk masyarakat kita.

“Ingin saya ceritakan sesuatu yang benar-benar telah berlaku kepada saya beberapa tahun dahulu, tujuh lapan tahun lepas ketika saya cuba memohon bantuan dengan membawa kertas cadangan perbinaan hospital bagi kegunaan serta kepentingan masyarakat setempat di Hulu Selangor.

“Agensi kerajaan yang telah diamanahkan kononnya untuk mengangkat sosio ekonomi masyarakat itu sebenarnya telah meminta saya memberikan mereka RM5 juta kepada mereka jika saya mahu merealisasikan pembinaan hospital itu.

“Pelik juga saya, jika saya ada RM5 juta, mengapa saya hendak mohon bantuan kerajaan? Mengapa pula saya kena beri mereka duit sebanyak itu?

“Itulah antara sebab mengapa saya muak dengan omong-omong kosong serta slogan-slogan retorik kononnya begitu banyak bantuan, dana telah diperuntukkan bagi meningkatkan taraf kemudian dan sebagainya,” katanya pada perhimpunan bertajuk PKR Peduli dengan Isu-Isu Masyarakat India itu semalam.

Dr. Sathia yang juga pengasas Kumpulan SP Care dengan lebih 13 klinik beroperasi terutama di kawasan-kawasan pedalaman di Selangor menyifatkan kedudukan masyarakat India sebenarnya agak menyedihkan.

“Kita semua perlu berhenti mengadu domba atau berpeluk tubuh. Kita perlu bersatu dan bangkit bawa perubahan yang kita asyik harapkan ini, gunakan peluang untuk benar-benar pilih kerajaan dan pemimpin telus mahu menjaga rakyat dengan telus.

“Jangan asyik bercakap atau soal apa yang telah kita (Pakatan Harapan) buat selama 22 bulan menerajui negara kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah diberikan peluang untuk terajui negara (Perdana Menteri).

“Jika ya, kita tidak perlu jawab lagi soalan-soalan retorik kamu. Berpuluh-puluh tahun kamu tidak pernah dapat selesaikan apa-apa,” tegasnya.

Author

Pilihan Editor