HomeBeritaSarawak negeri pertama di Malaysia gubal undang-undang teroka karbon

Sarawak negeri pertama di Malaysia gubal undang-undang teroka karbon

Oleh: ARRIAN ZAYNE

SAMARAHAN: Sarawak merupakan negeri pertama di Malaysia yang menggubal undang-undang bagi membenarkan perniagaan teroka karbon dan alam semula jadi.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meyakini inisiatif berkenaan bukti bahawa negeri itu berada di barisan hadapan dalam mitigasi perubahan iklim.

“Sarawak baru-baru ini telah meminda Ordinan Hutan 2015 sebagai usaha untuk mengawal selia aktiviti karbon hutan yang selaras dengan usaha mengurangkan kesan perubahan iklim,” katanya.

Abang Johari yang juga Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Makan Malam Gala Persidangan AsiaFlux 2022, semalam.

Tindakan meminda ordinan berkenaan tegas beliau mewujudkan asas bagi kerajaan Sarawak memanfaatkan mekanisme pasaran dan kerjasama pihak berkepentingan ke arah kelestarian alam sekitar.

Beliau menegaskan bahawa Sarawak juga telah meminda Kanun Tanahnya untuk membenarkan penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon sebagai kaedah mengurangkan perubahan iklim, dan bahawa kredit karbon yang dijana akan boleh diniagakan dalam pasaran karbon.

“Kerajaan Sarawak akan terus menyokong penyelidikan saintifik dan memantau hutan serta ekosistem tanah tanamannya,” ujar beliau kelestarian hutan menjadi landasan Sarawak mengekalkan ekonomi.

Kerajaan Sarwak komited melestarikan hutan dan tanah pertanian Sarawak kata Abang Johari memandangkan sumber berkenaan adalah ‘khazanah’ negeri yang berharga.

Menjelas lanjut mengenai Institut Penyelidikan Tropika Sarawak (Tropi) kata Abang Johari kajian oleh Tropi akan membantu Sarawak menyumbang kepada anggaran belanjawan gas rumah hijau (GHG) global untuk mencapai matlamat Perjanjian Paris untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050 atau lebih awal, dan dengan itu mengelak titik puncak pemanasan 1.5°C. melebihi tahap pra-industri.

Author

Pilihan Editor