HomeBeritaSaya korban darah untuk negara - Pemandu ANGKASA

Saya korban darah untuk negara – Pemandu ANGKASA

PETALING JAYA: Saya korbankan darah untuk selamatkan nyawa yang memerlukan,” demikian kata Mohd Yusrie Dollah.

Mohd Yusri, 37, adalah penderma darah kali ketiga, sejak penganjuran Kempen Derma Darah CoopCare dengan kerjasama Angkasa Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA), diadakan pada 2018.

Usaha itu bagi menyokong Pusat Darah Negara menampung keperluan bekalan darah negara.

Mohd Yusri yang juga memiliki darah jenis A itu berkata, iklan kempen darah di platform media pernah mendorongnya untuk berbuat demikian.

“Iklan itu menunjukkan, satu pek darah boleh selamatkan nyawa.

“Disebabkan penganjuran hari ini berkaitan dengan program kemerdekaan, ia berkait dengan semangat cintakan negara.

“Justeru, saya (menganggap) sumbang darah kepada negara,” kata pemandu ANGKASA yang sudah berkhidmat sejak 14 tahun.

Dia ditemui MEDIA VARIASI pada program berkenaan sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 , ibu pejabat di Kelana Jaya, di sini.

Terdahulu, Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO) Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah turut melakukan tinjauan di program itu.

Setiap penderma darah menerima baucar bernilai RM50 untuk ditebus guna di outlet Coop Farmasi ANGKASA yang menawarkan produk penjagaan diri dan kesihatan.

Author

Pilihan Editor