HomeSukanSistem bermain Man City sungguh rumit, kata Haaland

Sistem bermain Man City sungguh rumit, kata Haaland

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

WALAUPUN tampil tajam di awal musim ini bersama Manchester City, Erling Haaland akui sistem permainan kelab itu begitu merumitkan.

Ia menyebabkan penyerang The Citizens harus berkerja keras agar dapat segera menyesuaikan dalam skema permainan diterapkan jurulatih.

Halaand mendedahkannya semasa dalam program temubual kepada Telemundo Deportes. Dia memberitahu, pengurusnya, Pep Guardiola sebagai ‘mania bola sepak’.

“Menurut saya, dia (Guardiola) itu seperti mania bola sepak, sama seperti saya. Kami sama-sama menyukai bola sepak.

“Dia dulunya seorang pemain dan kini menjadi pengurus, dia tergila-gila dengan bola sepak dan saya sukakan dia memikirkan segala perkata berkaitan bola sepak, bagaimana kamu memperbaiki diri, ini yang saya suka darinya.

“Keupayaan saya untuk menyesuaikan diri setakat ini berjalan baik. Kamu boleh lihat dari gol yang saya cetak dan juga cara kami bermain. Sistemnya sungguh rumit, saya masuk ke dalam pasukan dan mencuba memahami taktik secepat mungkin kerana tak ada banyak masa.

“Saya tak boleh membuang masa melakukan hal yang lain. Jadi saya terus mencuba bersatu dengan pasukan secepat yang saya boleh. Sistem permainannya bagus, sungguh rumit, tapi bagus,” jelas Haaland.

Haaland telah meledak 12 gol dalam 8 perlawanan di seluruh pertandingan musim ini bersama Man City. Dia seolah-olah sudah lama bermain bersama Kevin De Bruyne walhal baru direkrut musim panas lalu.

Kehadirannya diharapkan bukan sekadar melanjutkan dominasi Man City di Liga Perdana Inggeris, namun juga mampu mengakhiri penantian menjulang Liga Juara-Juara yang belum lagi dimenangi.

Man City pernah masuk final pada 2021, tetapi tewas 0-1 kepada Chelsea.

Author

Pilihan Editor