HomeMV+BongkarIsu sistem halimunan: Srimelan disaman RM15 juta

Isu sistem halimunan: Srimelan disaman RM15 juta

KUALA LUMPUR: Ibarat orang lain makan nangka, orang lain terkena getah.

Syarikat Srimelan Sdn Bhd disaman RM15 juta ekoran pembatalan projek rundingan terus (direct nego) sistem Virtual Autopsy Technology (VAT) bernilai RM40 juta kepada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada tahun 2012.

VAT atau dikenali Digital Autopsy Diagnostic Station (DADS) adalah sistem kenal pasti punca kematian tanpa perlu bedah mayat dikatakan produk milik Info Valley Sdn Bhd, di mana Srimelan dilantik sebagai ejen pemasarannya.

Berita berkaitan: Sistem ‘halimunan’ terima ‘direct nego’ RM40 juta?

Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Toyol halang Omar jumpa Exsim

Surat Bendahari UKM menunjukkan pembatalan projek sistem VAT secara rundingan terus

Bekas pengarah syarikat Srimelan Sdn Bhd, Nor Aina Arbi mendedahkan perkara itu berkata, pihaknya terkejut apabila notis saman diterima sedangkan syarikat Info Valley dipercayai gagal demonstrasi sistem VAT dalam beberapa siri perbincangan dengan HUKM (kini dikenali PPUKM) melalui surat Bendahari UKM bertarikh 12 Januari 2010.

Berita berkaitan: Sistem ‘halimunan’ terima ‘direct nego’ RM40 juta?

Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Toyol halang Omar jumpa Exsim

“Bendahari UKM bertanyakan samada Srimelan mahu teruskan atau tidak ekoran kegagalan Info Valley tunjuk sistem.

“Pada 13 April 2010, Info Valley membuat aduan kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk mengenepikan ejen pemasarannya, Srimelan agar urusan boleh dilakukan terus dengan HUKM.

“Pada 23 April 2010, Info Valley dipercayai memberitahu MOF bahawa mereka telah membangunkan perisian VAT sejak tahun 2004.”

“Di sini nampak bercanggah, PPUKM dakwa tidak pernah lihat sistem VAT oleh Info Valley, bagaimana MOF boleh terima kenyataan dari Info Valley mengatakan mereka ada produk?,” soalnya MEDIA VARIASI.

Menjelaskan lanjut Nor Aina memberitahu, pada 24 Mei 2010, Bendahari UKM telah memberi spesifikasi baharu yang menyebabkan Srimelan terpaksa menawarkan harga baharu RM64 juta.

“Pada 14 Jun 2010, MOF telah mengenepikan Srimelan dengan menerima aduan Info Valley dan memutuskan perolehan perisian diberi secara rundingan terus (Direct Nego) kepada Info Valley manakala perolehan peralatan kepada Srimelan, dan membatalkan surat niat perolehan terdahulu kepada Srimelan.

“Walaupun MOF telah buat keputusan itu namun, pada 17 Jun 2010, Jawatankuasa Penyediaan Spesifikasi PPUKM tidak setuju bekerjasama dengan Info Valley kerana gagal menyakinkan mereka bahawa sistem VAT itu wujud.

Dedah Nor Aina lagi, pada 13 Julai 2010, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) campur tangan dan menanyakan spesifikasi baharu terdahulu diberi kepada Srimelan pada 24 Mei 2010 untuk harga baharu.

“Pada 6 April 2011, lnfo Valley kenakan injuksi kepada Srimelan dengan arahan menghentikan segala kerja dengan PPUKM/UKM dan mengutamakan untuk melengkapkan ‘Award’ bertarikh 11 September 2009′.

“Pada 11 Januari 2012, Bendahari UKM memberitahu Srimelan pembatalan perolehan VAT secara rundingan terus melalui surat MOF bertarikh 20 Oktober 2011.

“Pada 9 November 2012 Srimelan disaman dengan tuntutan ganti rugi sebanyak RM15 juta ini.

“Saya ingin bertanya Info Valley tidak pernah demonstrasi sistem VAT, oleh itu kerugian RM15 juta datang dari mana?”

“Pada 18 Mac 2014, melalui surat MOF, Bahagian Perolehan, Datuk Hashmuddin Mohamad mengesahkan bahawa semasa perlaksanaan projek VAT tiada apa-apa ikatan terwujud antara Srimelan dan kerajaan kerana surat setuju terima (LOA) masih belum dikeluarkan.

“Tanpa LOA ini mengesahkan tiada award pernah dikeluarkan, tiada sistem VAT, tiada kerugian dan Srimelan hanyalah dijadikan mangsa keadaan,” katanya.

Berita berkaitan: Sistem ‘halimunan’ terima ‘direct nego’ RM40 juta?

Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Toyol halang Omar jumpa Exsim

Semalam Nor Aina tampil mendedahkan wujud kelompongan dalam prosedur projek rundingan terus (direct nego) yang menyebabkan duit kerajaan ‘dikelepet’ sebanyak RM40 juta.

Peruntukan RM40 juta ini adalah dari Pakej Rangsangan Ekonomi ll (PRE II) bagi pembekalan sistem VAT/DADS kepada unit forensik PPUKM pada tahun 2009.

Kelompongan berlaku apabila tiada semakan atau penelitian terlebih dahulu ke atas produk VAT ini sebelum rundingan terus diberikan oleh Kementerian Kewangan (MOF) ketika itu.

Nor Aina mendedahkan kemungkinan bersandarkan laporan media The Edge yang disiarkan pada 22 Oktober 2009 di mana syarikat Info Valley Sdn Bhd mendakwa berkeupayaan menyediakan sistem VAT menyebabkan ia ditawarkan projek secara rundingan terus dari MOF.

Menurut laporan itu, Info Valley mendakwa membangunkan sistem VAT sejak 2004, dan dianugerahkan kontrak dari Kementerian Kesihatan dengan geran RM5.42 juta dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Projek rundingan terus berkenaan bagaimanapun dibatalkan gara-gara Info Valley gagal membuat demonstrasi produk bagi memperoleh peruntukan bernilai RM40 juta terbabit.

Berita berkaitan: Sistem ‘halimunan’ terima ‘direct nego’ RM40 juta?

Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Toyol halang Omar jumpa Exsim

Author

Pilihan Editor