HomeBeritaWarisan Care bantu rakyat dapat kerja pilihan

Warisan Care bantu rakyat dapat kerja pilihan

SELAYANG: Program Warisan Care oleh Parti Warisan Sabah (Warisan) membantu penempatan kerja yang sesuai bagi pencari kerja.

Calon Warisan di Parlimen Batu, Nathan Pillai berkata, sebelum ini ramai penduduk datang kata tiada kerja dan sebaliknya pula ramai majikan yang sedang mencari pekerja.

“Jadi menerusi Warisan Care, pencari kerja boleh dapat kerja sesuai kemahiran pengalaman mereka, majikan pula boleh dapat pekerja dengan kriteria mereka mahu.

“Platform ini juga beri peluang belajar sambil kerja, seminggu kerja, sehari atau dua hari belajar.

“Jadi mereka dapat pengalaman kerja, sebulan dapat elaun RM1,000 atau lebih,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Pertandingan Badminton Tahunan Piala Hari Malaysia anjuran Warisan Batu bersama Flying Spirit Badminton Academy (FSBA) di Junex Sport Centre, Selayang Mall.

Beliau hadir bersama calon Warisan di Parlimen Batu, Nathan Pillai ke Pertandingan Badminton Tahunan Piala Hari Malaysia yang pertama di Selayang Mall di sini.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Warisan Batu P115 bersama Flying Spirit Badminton Academy (FSBA) dan diiktiraf oleh Persatuan Badminton Selangor.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Bryan Lai Wai Chong berkata, banyak program dianjurkan menerusi Warisan Care khususnya untuk B40 seperti bekalan makanan, saringan kanser, saringan mata, kaunseling selepas graduasi dan lain-lain.

“Warisan tubuhkan 12 divisyen untuk beri perkhidmatan kepada komuniti Dun Teratai.

“Sudah empat tahun tidak pernah berhenti walaupun dahulu DAP sekarang Warisan, khidmat saya diteruskan dengan cara baik.

“Warisan Care baru selesai saring 200 mata penduduk, sebelum memberi cermin mata sesuai dengan percuma.

“Ahli Warisan di Kuala Lumpur dan Selangor sudah cecah 15,000 orang dan akan bertambah lagi,” katanya.

Author

Pilihan Editor