HomeGaya Hidup14 rekaan busana pengantin 'kayangan' pada harga marhaen

14 rekaan busana pengantin ‘kayangan’ pada harga marhaen

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 rekaan busana pengantin ‘kayangan’ jenama Rizman Ruzaini kini ditawarkan pada harga mampu milik dengan tahap kualiti premium.

Menerusi segmen perniagaan baharu berkonsep mampu dimiliki oleh semua golongan melalui rangkaian ‘ready to wear’ (RTW), Rizman tetap mengutamakan kualiti perincian dan idea tersendiri dalam setiap rekaaan dihasilkan.

Rizman berkata, dia mahu perluaskan agar jenama ini boleh dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat bukan hanya  pilihan selebriti dan golongan elit sahaja.

“Segmen ‘ready to wear’ atau sedia pakai ini dimulakan dengan baju kasual dan kini dilebarkan melalui rekaan baju pengantin.

“Menerusi RR Bridal RTW 2022/23, sebanyak 14 rekaan diperkenalkan yang termasuklah daripada rekaan klasik dan moden kontemporari.

“Harga helaian RR Bridal RTW 2022/23 bermula daripada harga RM699 hingga RM1499. Walaupun berstatus RTW, untuk koleksi ini, pakaian hanya akan disediakan selepas mendapat pengesahan pesanan.

“Tetapi jangan risau, pesanan hanya akan mengambil masa dua minggu sahaja untuk disiapkan dan sampai kepada pelanggan. Tempahan boleh dibuat melalui laman sesawang kami, rizmanruzaini.com,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berkongsi keistimewaan koleksi kali ini, menurut Ketua Pegawai Eksekutif jenama ini, Rizman Nordin, sejak bertapak 17 tahun lalu, pakaian pengantin sememangnya menjadi antara rekaan yang sinonim dengan jenama Rizman Ruzaini ini.

“Walaupun tidak dihasilkan dalam kuantiti yang banyak tetapi kebanyakan pelanggan awal kami terdiri daripada kalangan bakal pengantin.

“Tidak dinafikan, apabila melihat golongan selebriti dan orang ternama memilih jenama kami di hari perkahwinan mereka, ada antara orang ramai teringin untuk menyarungkan Rizman Ruzaini.

“Namun, soal harga selalunya menjadi halangan dan kebanyakan mereka akan terus berkata ‘kami tak mampu’. Maka, kerana itulah munculnya RR Bridal RTW 2022/23 yang dijual pada harga mampu milik, namun kualiti koleksi ini dikekalkan pada tahap premium,” katanya.

Antara material yang digunakan dalam rekaan ini ialah songket, heavy ghughori, sifon, taffeta, pleated net dan renda.

Warna-warna yang dipilih pula hanyalah daripada rona putih, silver dan keunguan untuk mengekalkan ciri-ciri pengantin malar segar, suci dan manis.

Koleksi ini turut mengenengahkan Raysha Rizrose sebagai ‘muse’ mereka.

Ternyata pemilihan ini bukan sesuatu yang mengejutkan, memandangkan jenama ini pernah bekerjasama dengan beberapa selebriti tempatan lainnya seperti Amyra Rosli, Zahirah Macwilson, Nelydia Senrose dan ramai lagi.

Sementara itu, berita baik buat bakal pengantin di luar sana, koleksi RR Bridal RTW 2022/23 ini turut menawarkan diskaun 25 peratus untuk setiap tempahan awal.

Author

Pilihan Editor