HomeBeritaAmirudin ingatkan Azmin jangan syok sendiri

Amirudin ingatkan Azmin jangan syok sendiri

CYBERJAYA: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengingatkan pemimpin Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya sedar diri bahawa Selangor lebih teruk di bawah pimpinan pentadbirannya.

Amirudin berkata demikian mengulas kenyataan Azmin bahawa prestasi Selangor merosot selepas beliau meninggalkan jawatan Menteri Besar.

Amirudin membalas dengan menyatakan negeri itu menjadi lebih baik selepas pentadbiran Azmin, malah beliau menunjukkan data Jabatan Perangkaan yang menunjukkan sumbangan Selangor kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara meningkat daripada 23.7 peratus pada 2018, kepada 24.8 peratus pada 2021.

“Sejak beliau meninggalkan Selangor, prestasi ekonomi Selangor meningkat baik, sumbangan KDNK kepada Malaysia meningkat, program kebajikan kepada rakyat juga bertambah.

“Selangor makmur bukan hasil kejayaan seorang individu sahaja tapi usaha berpasukan. #JanganPerasan #JanganSyokSendiri,” kata Amirudin di Twitternya semalam.

Author

Pilihan Editor