HomeBeritaBanjir kilat landa ibu negara, dua laluan alami kesesakan

Banjir kilat landa ibu negara, dua laluan alami kesesakan

CYBERJAYA: Dua laluan di ibu negara mengalami kesesakan aliran trafik susulan hujan lebat yang melanda ibu negara pada petang ini.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur berkata, terdapat dua lokasi meningkatkan aliran trafik disebabkan jalan telah dinaiki air menyebabkan banjir yang menyebabkan pergerakan kenderaan adalah perlahan.

“Pergerakan kenderaan perlahan melibatkan dua lokasi iaitu Jalan Kuching di Taman Wahyu menghala ke Bulatan Batu Caves kelihatan dua lorong dinaiki air.

“Lokasi kedua pula di Jalan Tunku Abdul Halim di Terowong Hantu yang membabitkan lorong kanan bertakung akibat hujan lebat,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Jelas JSPT KL lagi, tiada halangan jalan dilaporkan setakat jam 4 petang hari ini. Pengguna jalan raya turut dinasihatkan untuk tidak melalui laluan tersebut untuk mengelak dari menghadapi kesesakan lalu lintas.

Author

Pilihan Editor