HomeMV+BongkarCalon bebas guna NGO 'kutip duit' untuk Hi Tea bersama Ayob Khan?

Calon bebas guna NGO ‘kutip duit’ untuk Hi Tea bersama Ayob Khan?

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki didakwa menggunakan platform Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk memperdaya orang ramai bagi membeli meja yang kononnya untuk Majlis Hi Tea Bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Ayob Khan.

Berita berkaitan: Polis tahan dua individu guna NGO ‘jual’ nama Ayob Khan untuk kutip duit

Lelaki tersebut juga dipercayai mahu bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kepong dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Maklumat itu dikongsi oleh seorang ahli perniagaan yang mendakwa bertindak sebagai ‘broker’ atau orang tengah untuk mendapatkan pembeli-pembeli meja bernilai RM5,000 bagi satu meja.

Datuk Seri Wan Yon Ann mendedahkan hasil jualan meja dianggarkan mencecah RM100,000 telah diserahkan kepada dua pemimpin NGO berkenaan.

Berita berkaitan: Polis tahan dua individu guna NGO ‘jual’ nama Ayob Khan untuk kutip duit

“Setelah wang dimasukkan ke akaun peribadi individu berkenaan, saya gagal menghubungi kedua-duanya dan hasil semakan saya mendapati mereka hanya menggunakan nama NGO dan Datuk Ayob Khan untuk meraih keuntungan.

“Majlis itu dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober ini di Hotel Kipmall Selayang namun hasil semakan saya tiada majlis akan diadakan pada tarikh itu.

“Kebanyakan pembeli meja adalah rakan-rakan perniagaan saya, jadi isu penipuan ini akan menyebabkan reputasi saya terjejas teruk,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Polis tahan dua individu guna NGO ‘jual’ nama Ayob Khan untuk kutip duit

Yon Ann menunjukkan baju T dan topi memiliki logo PDRM yang boleh mengelirukan orang ramai

Beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul, di sini.

Berita berkaitan: Polis tahan dua individu guna NGO ‘jual’ nama Ayob Khan untuk kutip duit

Dalam pada itu, Datuk Ayob Khan ketika dihubungi MEDIA VARIASI mengesahkan tiada sebarang majlis Hi Tea yang dijadualkan berlangsung membabitkan kehadiran dirinya pada 22 Oktober ini di lokasi dimaklumkan.

Terdahulu, Yon Ann telah diminta menjadi ahli NGO berkenaan dengan bayaran RM2,200 masuk ke akaun peribadi pengerusi NGO berkenaan.

Beliau mendakwa tertarik dengan NGO itu kerana ditawarkan mendapat sedikit ‘kekebalan’ dalam undang-undang khususnya tidak akan disaman jika didapati melakukan kesalahan termasuk ketika sekatan jalan raya.

Dengan jumlah bayaran itu, beliau menerima sijil, pelekat kenderaan dan kad keahlian dengan lambang PDRM, KDN, AADK dan NGO berkenaan.

Berita berkaitan: Polis tahan dua individu guna NGO ‘jual’ nama Ayob Khan untuk kutip duit

Author

Pilihan Editor