HomeMV+BongkarPolis tahan dua individu guna NGO 'jual' nama Ayob Khan untuk kutip...

Polis tahan dua individu guna NGO ‘jual’ nama Ayob Khan untuk kutip duit

SENTUL: Polis berjaya menahan dua individu disyaki terbabit sindiket jualan ‘meja’ Hi Tea Bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Ayob Khan.

Berita berkaitan: Guna lambang PDRM tidak kebal undang-undang – Peguam

Dua lelaki berkenaan dikatakan menggunakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan agensi keselamatan untuk memperdaya orang ramai membeli meja bagi majlis yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan penahanan itu.

“Dua orang ditangkap setakat ini. Mereka disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Kita sedang mengesan suspek yang lain.

“Nanti lengkap siasatan, akan buat sidang media,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Guna lambang PDRM tidak kebal undang-undang – Peguam

Terdahulu, MEDIA VARIASI mendedahkan seorang lelaki yang juga calon bebas di Parlimen Kepong dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti didakwa menggunakan NGO mengutip duit orang ramai yang mahu bertemu Ayob Khan.

Yon Ann menunjukkan baju T dan topi memiliki logo PDRM yang boleh mengelirukan orang ramai

Maklumat itu dikongsi oleh seorang ahli perniagaan yang mendakwa bertindak sebagai ‘broker’ atau orang tengah untuk mendapatkan pembeli-pembeli meja bernilai RM5,000 bagi satu meja.

Berita berkaitan: Guna lambang PDRM tidak kebal undang-undang – Peguam

Datuk Seri Wan Yon Ann mendedahkan hasil jualan meja dianggarkan mencecah RM100,000 telah diserahkan kepada dua pemimpin NGO berkenaan.

Setelah wang dimasukkan ke akaun peribadi individu berkenaan, dia gagal menghubungi kedua-duanya dan hasil semakannya mendapati mereka hanya menggunakan nama NGO dan Datuk Ayob Khan untuk meraih keuntungan.

Majlis itu dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober lalu di sebuah hotel di Selayang namun hasil semakan tiada majlis diadakan pada tarikh itu.

Berita berkaitan: Guna lambang PDRM tidak kebal undang-undang – Peguam

Author

Pilihan Editor