HomeBeritaElak salah faham, Jelajah Selangor Penyayang disambung lepas PRU15

Elak salah faham, Jelajah Selangor Penyayang disambung lepas PRU15

SEPANG: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyatakan program Jelajah Selangor Penyayang akan disambung selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berakhir.

Beliau memaklumkan perkara tersebut dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Jelajah Penyayang Daerah Sepang pada hari ini.

Menurut beliau, program yang telah dimulakan sejak Jun lalu itu akan diakhiri di daerah kesembilan yang akan berlangsung pada Disember nanti.

“Kita tak nak lakukan jelajah ini semasa musim PRU15 kerana mungkin akan mengundang pelbagai persepsi dan pelbagai pandangan terhadap program kerajaan negeri yang orang akan anggap sebagai kempen walau pun telah dirancangkan awal.

“Jadi, Jelajah Selangor Penyayang Daerah yang kesembilan akan berlangsung pada Disember nanti, selepas pembentangan belanjawan.

“Dan insyaAllah pada ketika itu pembentukan kerajaan persekutuan juga sudah selesai,” katanya.

Author

Pilihan Editor