HomeBeritaGuna lambang PDRM tidak kebal undang-undang - Peguam

Guna lambang PDRM tidak kebal undang-undang – Peguam

SENTUL: Menggunakan lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menarik orang ramai menyertai NGO dan ‘kebal undang-undang’ adalah jenayah yang boleh didakwa.

Berita berkaitan: Polis tumpaskan sindiket salah guna logo PDRM, KDN dan AADK

Peguam, Datuk Wan Azmir Wan Majid dari firma guaman Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak (HWAM) berkata, penahanan suspek yang disyaki menggunakan taktik itu jelas dari segi undang-undang menunjukkan bahawa  tiada individu yang  kebal dari tindakan undang-undang.

“Di bawah Perlembagaan Persekutuan setiap individu di Malaysia adalah tertakluk kepada undang-undang yang sama dan mempunyai hak dan perlindungan yang sama.

“Akta Polis melarang penggunaan lambang polis tanpa kebenaran dan boleh dikenakan denda atau penjara jika disabitkan kesalahan,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Polis tumpaskan sindiket salah guna logo PDRM, KDN dan AADK

Polis semalam berjaya menahan dua individu disyaki terbabit sindiket jualan ‘meja’ Hi Tea Bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Ayob Khan.

Dua lelaki berkenaan dikatakan menggunakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan agensi keselamatan untuk memperdaya orang ramai membeli meja bagi majlis yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan penahanan itu dan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Berita berkaitan: Polis tumpaskan sindiket salah guna logo PDRM, KDN dan AADK

Terdahulu, MEDIA VARIASI mendedahkan seorang lelaki yang dipercayai bakal bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kepong dalam PRU15 nanti didakwa menggunakan NGO mengutip duit orang ramai yang mahu bertemu Ayob Khan.

Maklumat itu dikongsi oleh seorang ahli perniagaan yang mendakwa bertindak sebagai ‘broker’ atau orang tengah untuk mendapatkan pembeli-pembeli meja bernilai RM5,000 bagi satu meja.

Berita berkaitan: Polis tumpaskan sindiket salah guna logo PDRM, KDN dan AADK

Datuk Seri Wan Yon Ann mendedahkan hasil jualan meja dianggarkan mencecah RM100,000 telah diserahkan kepada dua pemimpin NGO berkenaan.

Setelah wang dimasukkan ke akaun peribadi individu berkenaan, dia gagal menghubungi kedua-duanya dan hasil semakannya mendapati mereka hanya menggunakan nama Ayob untuk meraih keuntungan.

Majlis itu dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober lalu di sebuah hotel Selayang namun hasil semakan tiada majlis diadakan pada tarikh itu.

Berita berkaitan: Polis tumpaskan sindiket salah guna logo PDRM, KDN dan AADK

Author

Pilihan Editor