HomeBeritaHanya 552 klinik berisiko dilanda banjir – Dr Noor Hisham

Hanya 552 klinik berisiko dilanda banjir – Dr Noor Hisham

CYBERJAYA: Sebanyak 552 daripada 2,981 klinik berisiko dilanda banjir, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan sebanyak 421 klinik alternatif di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) dikenal pasti berupaya mengatasi isu berkenaan.

Pada masa sama, beliau turut menyatakan bahawa sebanyak 2,339 buah klinik merangkumi di seluruh negara boleh meneruskan operasi tanpa risiko dilanda banjir.

“Bagi kekuatan petugas kesihatan pula, KKM memperuntukkan sebanyak 1,216 pasukan perubatan meliputi 6,397 orang anggota.

“Manakala pasukan kesihatan awam pula adalah sebanyak 1,703 yang meliputi seramai 4,888 orang anggota,” maklumnya menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Mengulas isu berkaitan kesihatan mental, Dr Noor Hisham menyatakan sebanyak 222 pasukan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) disediakan KKM bagi menangani isu berkenaan.

“Bagi menangani isu-isu kesihatan mental pula, KKM menyediakan sebanyak 222 pasukan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) meliputi 1,462 anggota di seluruh negara,” tulisnya.

Author

Pilihan Editor