HomeSukanHatrik duo Haaland, Foden benam United 6-3, City terus himpit Arsenal

Hatrik duo Haaland, Foden benam United 6-3, City terus himpit Arsenal

PERTEMBUNGAN klasik derbi di antara dua kelab Manchester menyaksikan Manchester City mudah menundukkan Manchester United 6-3, dalam perlawanan kelapan liga di Stadium Etihad malam tadi.

Skuad bimbingan Pep Guardiola membuka jaringan menerusi rembatan kencang Phil Foden seawal minit ke-8 hasil hantaran cantik pemain tengah, Bernando Silva.

Penyerang sensasi City, Erling Haaland terus membuktikan kehebatannya dengan dua jaringan pantas pada minit ke 34 dan ke 37 dengan menjadikan kedudukan City selesa mendahului 3-0.

Skuad Citizen terus menambah duka penyokong United sehingga kelihatan sebahagian penyokong meninggalkan stadium setelah jaringan keempat disudahkan oleh Foden hasil hantaran Haaland sebelum babak pertama perlawanan berakhir.

Di separuh masa kedua, United membuka tirai jaringan menerusi sepakan deras oleh pemain sayap mereka, Antony pada minit ke-56.

Tersentak dengan jaringan tersebut, City terus menguasai perlawanan dengan meningkatkan intensiti menyerang terhadap benteng pertananan United yang diketuai oleh Varane dan Martinez.

Hasil penguasaan permainan tersebut, Haaland melengkapkan jaringan hatrik menerusi rembatan kencang pada minit ke 64 sekaligus melebarkan rekod jaringan ke-14 peribadinya untuk musim ini. Kemenangan bergaya City diteruskan dengan jaringan hatrik Foden pada minit ke 73.

Meskipun diaibkan dengan jaringan 6-1 oleh musuh mereka, dua gol hasil penyerang Anthony Martial pada minit ke 84 dan 90 menjadikan kedudukan 6-3 menyelamatkan maruah pasukan Red Devils dari mengulangi skrip perlawanan yang sama diratah 6-1 dalam perlawanan Manchester derbi di Old Trafford pada 2011.

Kemenangan besar City telah menjarakkan kembali kedudukan liga di tangga kedua dengan 20 mata di belakang pendahulu liga, Arsenal yang terus unggul di persada liga dengan 21 mata.

Author

Pilihan Editor