HomeBeritaHelikopter terhempas: Seorang kru patah tulang, lima cedera ringan

Helikopter terhempas: Seorang kru patah tulang, lima cedera ringan

CAMERON HIGHLANDS: Enam penumpang termasuk seorang juruterbang dilaporkan mengalami kecederaan selepas helikopter yang dinaiki mereka terhempas di Brinchang, tengah hari tadi.

Komander Operasi Penguasa Bomba, Shahrulnizam Nasir berkata, lima daripada mangsa termasuk juruterbang didapati mengalami kecederaan ringan manakala seorang lagi patah tulang paha.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Pahang telah menerima panggilan kecemasan berhubung satu kejadian Helikopter jenis Eurokopter AS 355 F2 yang membawa petugas kesihatan melakukan pendaratan cemas di Hutan Brinchang, Cameron Highlands petang ini.

“Kesemua mangsa menerima rawatan awal di tempat kejadian sebelum dikeluarkan ke tempat selamat,” maklum Bomba dan Penyelamat Pahang menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Shahrulnizam turut memaklumkan bahawa pihaknya masih menjalankan operasi susulan kemalangan tersebut.

Author

Pilihan Editor