HomeGlobalHSR Jakarta-Bandung tarik tumpuan masyarakat Indonesia

HSR Jakarta-Bandung tarik tumpuan masyarakat Indonesia

 

JAKARTA: Gerabak Unit Gandaan Elektrik (EMU) untuk landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung yang diangkut dari Jakarta sudah selamat tiba di Bandung baru-baru ini.

Proses untuk mengangkut gerabak itu mengambil masa lebih sebulan.

Gerabak-gerabak berkenaan akan diuji terlebih dahulu sebelum fasa percubaan dimulakan pada akhir tahun ini.

Selain dibangunkan dengan teknologi EMU ‘Fuxing’ China, reka bentuk tren itu mempunyai elemen budaya Indonesia.

Elemen budaya Indonesia yang diketengahkan dalam rekaan tren itu turut menarik tumpuan masyarakat tempatan.

Dalam perkembangan lain, kesemua 13 terowong di sepanjang landasan itu telah pun siap manakala lebih 92 peratus kerja pembinaan subgred, jambatan dan stesen sudah selesai setakat ini.

Landasan HSR Jakarta-Bandung sepanjang 142 kilometer mempunyai kelajuan operasi maksimum 350 kilometer sejam.

Selain menjadi projek ikonik Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), landasan HSR itu adalah yang pertama seumpamanya di rantau Asia Tenggara.

Selepas siap sepenuhnya kelak, perjalanan dari Jakarta ke Bandung dapat dijimatkan kepada 40 minit berbanding lebih tiga jam. – BERNAMA

Authors

Pilihan Editor