HomeBeritaKKM nafi beri perakuan produk mampu rawat Diabetes

KKM nafi beri perakuan produk mampu rawat Diabetes

 

CYBERJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak pernah memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh merawat Diabetes dan mengawal gula dalam darah.

Beliau berkata demikian susulan tular di media sosial beberapa gambar yang memaparkan produk jualan diperakui KKM.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menegaskan bahawa KKM tidak pernah memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh merawat Diabetes dan mengawal gula dalam darah seperti didakwa dalam iklan ini yang tersebar luas di pelbagai aplikasi media sosial baru-baru ini.

“Gambar-gambar yang digunakan adalah tanpa kebenaran pihak KKM dan KKM tidak pernah memberikan kebenaran bagi menyiarkan iklan berkenaan,” tulisnya di Facebook hari ini.

Sehubungan itu, KKM menyeru agar masyarakat tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kenyataan yang tidak diketahui kesahihannya.

Author

Pilihan Editor