HomeBeritaMAAB berjaya daftar 223,247 kes wasiat, nilai aset RM111.6 bilion

MAAB berjaya daftar 223,247 kes wasiat, nilai aset RM111.6 bilion

PETALING JAYA: MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) berjaya mendaftarkan wasiat melebihi 223,247 kes dengan anggaran jumlah nilai aset sebanyak RM111.6 billion.

Menurut Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, MAAB, anak syarikat yang dinaungi sepenuhnya oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) melakarkan pencapaian membanggakan.

“Jika pentadbiran pusaka ini diselesaikan kelak, pendapatan MAAB dianggarkan sebanyak RM2.23 billion.”

“MAAB sebagai penyedia utama khidmat Perancangan dan Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia seterusnya dapat menyelesaikan masalah harta pusaka terbeku akibat daripada kegagalan menyelesaikan urusan pentadbiran harta pusaka.

“Selain daripada itu, Angkasa juga membuka ruang kepada orang awam untuk menjadi ejen perancangan harta pusaka MAAB bagi memperluaskan lagi kefahaman produk perancangan harta pusaka seperti Wasiat, Hibah dan Amanah kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, kaum dan bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pengisian Ilmu Perancangan Harta Pusaka bersama pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) 2022 di Dewan Dato’ Mohd Ali Baharom, Wisma Ungku A Aziz.

Turut hadir, Pengerusi MAAB merangkap Anggota Lembaga Angkasa, Datuk Mohamad Ali Hasan; Timbalan Pengerusi MAAB merangkap Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Abdullah Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Angkasa, Datuk Dr Adnan Alias.

Juga hadir, Lembaga Pengarah MAAB, Mohamad Darulnizam Mat Darus; Lembaga Pengarah MAAB, Abdullah Muhamad; Lembaga Pengarah MAAB, Tuan Kamarol Arief Tuan Soh; Pemangku Yang Dipertua YADIM, Kapten Shamsudin Moner.

Majlis anjuran MAAB untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat berkenaan urus tadbir harta pusaka seterusnya mengurangkan isu harta terbeku dan tidak dituntut di kalangan umat Islam khususnya.

MAAB juga membuka peluang kepada pelatih ADMY 2022 untuk menjadi ejen perancangan harta pusaka dengan menaja pemenang Daie Muda ADMY 2022 sebagai Rakan Niaga Premium MAAB selain menaja kursus latihan sebagai ejen kepada semua pelatih ADMY 2022.

Orang awam ataupun mana-mana syarikat yang berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan MAAB dan menjadi rakan naga dialu-alukan untuk menghubungi MAAB.

Author

Pilihan Editor