HomeBeritaMAPIM gesa Malaysia lebih tegas bersuara isu wilayah Kashmir

MAPIM gesa Malaysia lebih tegas bersuara isu wilayah Kashmir

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa Malaysia menggunakan kedudukan sedia ada untuk menjadi suara negara Islam bagi menggesa dunia lebih tegas bertindak serta bersuara dalam memberi tekanan kepada kerajaan India agar menghentikan keganasan ke atas wilayah Kashmir.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Malaysia perlu menggesa badan-badan dunia seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan United Nation (UN) untuk bertindak dengan lebih tegas bukan sekadar melalui kenyataan.

“Dunia khususnya negara-negara Islam perlu bersatu untuk menghentikan krisis di Kashmir ini. Isu di wilayah ini lebih teruk daripada isu di Palestin.

“Krisis ini boleh dihentikan dengan solidariti daripada seluruh dunia. Malaysia mempunyai obligasi untuk menyatakan suara bantahan bersama OIC dan UN dengan tegas terhadap gerakan genosid yang dibuat terhadap Wilayah Kashmir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kashmir Black Day (Hari Hitam) di Kedutaan Pakistan, Kuala Lumpur, di sini pada Khamis.

Kata Mohd Azmi, sejak Hari Hitam pada 26 Oktober 1947, 200,000 nyawa penduduk Kashmir telah diragut akibat dibunuh oleh tentera India.

Author

Pilihan Editor