HomeSukanMPSepang meriahkan sambutan Hari Sukan Negara 2022 dengan 17 aktiviti menarik

MPSepang meriahkan sambutan Hari Sukan Negara 2022 dengan 17 aktiviti menarik

MAJLIS Perbandaran Sepang (MPSepang) meriahkan sambutan Hari Sukan Negara 2022 di peringkat Daerah Sepang dengan 17 aktiviti menarik menanti peserta.

MPSepang melalui Pejabat Penerangan Daerah Sepang berkata dalam hantaran di Facebooknya pada Jumaat, Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Sepang 2022 akan diadakan pada Sabtu ini.

Menurutnya, sambutan yang akan diadakan di pekarangan Pusat Penjaja, Taman Putra Perdana itu akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah.

“Ayuh warga Sepang! Ayuh warga Dengkil! Bersama kita semarakkan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Sepang 2022 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sepang dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Negeri N55 Dengkil yang akan diadakan,” katanya.

Antara 17 aktivi menarik dalam sambutan ini ialah Cabutan Bertuah, Explorace, Bola Jaring, Fun Walk 3 km, Pameran Interaktif, Pertandingan Mewarna, Persembahan Kebudayaan, Persembahan Busking dan Aerobic Dance Fitness Challenge @ Fit Forever Sepang.

Selain itu juga ialah Fun Ride 20 km @ Fit Forever Sepang, Gerai Jualan Prihatin Rakyat, Sukan Rakyat, Liga Penalti Bola Sepak Terbuka, Fun Horse Riding, Saringan Kesihatan, Mental Health Awareness dan Kaunter Bergerak Majlis Perbandaran Sepang.

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Sepang 2022 akan turut diceriakan lagi dengan penampilan istimewa seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara iaitu Achey Bocey.

Author

Pilihan Editor