HomeGlobalPembinaan kilang aiskrim di Korea Utara selesai

Pembinaan kilang aiskrim di Korea Utara selesai

 

SEOUL: Korea Utara selesai membina sebuah kilang aiskrim di Pyongyang seperti diarahkan pemimpin, Kim Jong Un, lapor Yonhap memetik Korean Central News Agency (KCNA) pada Khamis.

Satu majlis sempena siapnya kilang pengeluaran aiskrim “moden” di Taesongsan itu telah diadakan pada Rabu.

Naib Perdana Menteri dan ketua pejabat dasar ekonomi Parti Pekerja, Jon Hyon Chol berkata;”projek untuk meningkatkan kebajikan rakyat tidak boleh ditangguhkan tidak kira betapa beratnya kesukaran yang dilalui.”

Beliau berkata, pembinaan kilang itu siap dalam tempoh yang singkat dan terima kasih kepada usaha khas yang dilaksanakan pemimpin Kim untuk mempercepatkan projek berkenaan.

Taesongsan yang terletak di pinggir Pyongyang mempunyai pelbagai tempat tarikan utama termasuk taman hiburan, kolam renang dan zoo.

Korea Utara baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa langkah untuk meningkatkan kehidupan rakyatnya di tengah-tengah kekurangan makanan dan sekatan global yang berterusan. – BERNAMA

 

Authors

Pilihan Editor