HomeBeritaPRU15: Calon PH Parlimen KL kekal milik penyandang

PRU15: Calon PH Parlimen KL kekal milik penyandang

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan dijangka akan mempertaruhkan calon-calon yang terdiri daripada penyandang yang memenangi kerusi Parlimen di Wilayah Persektuan Kuala Lumpur pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu bagi menghadapi PRU15 akan datang.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan, Hasbie Muda memaklumkan, rundingan membabitkan pembahagian kerusi antara parti komponen hampir selesai dan akan diumumkan dalam konvensyen Pakatan Harapan Nasional pada 29 Oktober ini di Pusat Konvensyen Ipoh.

“Setakat ini rundingan kerusi hampir selesai. Saya difahamkan Kerusi yang dimenangi sebelum ini (PRU14) akan diwakili penyandang. Cuma kerusi yang belum menang masih dalam pertimbangan pucuk kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan untuk diletakkan sebagai calon.

“Persediaan kita hadapi PRU15 dengan menggerakkan jentera dengan mengaktifkan program jelajah Angkatan Harapan Muda untuk memastikan program ini sampai dalam mendekati masyarakat dan pengundi muda.

“Apabila jentera pemuda bergerak, secara automatik jentera dari sayap lain seperti wanita akan bergerak dalam kawasan Parlimen masing-masing,” katanya kepada MEDIA VARIASI dalam program pemberian petrol percuma kepada penunggang motosikal di Stesen Caltex, Jalan Puchong hari ini.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda Amanah Nasional, turut tidak menolak kemungkinan turut berada dalam senarai calon bagi kerusi Parlimen yang tewas pada PRU14 untuk mewakili Pakatan Harapan pada PRU15 nanti.

Author

Pilihan Editor