HomeBeritaPRU15: Zahid sudah jangka PAS kekal bersama PN

PRU15: Zahid sudah jangka PAS kekal bersama PN

CYBERJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi sudah menjangkakan keputusan PAS terus kekal bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Untuk rekod, PAS pernah bekerjasama dengan UMNO-Barisan Nasional (BN) dalam Muafakat Nasional (MN) sebelum menyertai PN semasa kerajaan PN mentadbir mengambil alih pentadbiran negara.

Zahid berkata dalam kenyataan pada Khamis bahawa UMNO sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan PAS.

“Keputusan PAS Pusat untuk terus bersama dengan PN bagi menghadapi PRU15 sudah dijangkakan. Hakikatnya, UMNO tidak pernah menutup pintu kepada sebarang usaha murni ke arah penyatuan ummah yang berteraskan nilai keikhlasan dan kejujuran.

“Dengan keputusan ini, UMNO bersama BN akan terus bergerak solo dengan mengekalkan imej parti yang sentiasa berpaksikan kesederhanaan dan mampu menawarkan kestabilan serta kemakmuran kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama dalam negara ini,” katanya.

Author

Pilihan Editor