HomeGlobalRishi Sunak PM Britain terbaharu bukan berkulit putih, pemimpin termuda

Rishi Sunak PM Britain terbaharu bukan berkulit putih, pemimpin termuda

BRITAIN sah mempunyai Perdana Menteri baharu berbangsa India iaitu Rishi Sunak selepas beliau memenangi perlumbaan perlumbaan untuk mengetuai Parti Konservatif.

Rishi Sunak, 42, merupakan seorang ahli politik terkaya di Westminster dan akan menjadi pemimpin termuda negara itu dengan mengambil alih pimpinan semasa politik Britain dalam keadaan krtitikal.

Beliau menggantikan Liz Truss, yang hanya bertahan 44 hari sebagai Perdana Menteri Britain dan meletak jawatannya pada empat hari lalu.

Sunak bakal memegang tanggungjawab memulihkan kestabilan negara yang terumbang-ambing akibat kegawatan politik dan ekonomi selama bertahun-tahun dan usaha untuk memimpin parti yang telah retak mengikut garis ideologi.

Sunak pada Isnin di Parlimen, menggesa semua ahli Parlimen untuk ‘bersatu atau mati’ kerana krisis kewujudan yang dihadapi mereka dan cabaran ekonomi yang mendalam yang dihadapi negara.

“Kita kini memerlukan kestabilan dan perpaduan, dan saya akan menjadikan keutamaan saya untuk membawa parti kita dan negara kita bersama,” katanya.

Author

Pilihan Editor