HomeBeritaRumah pusaka terbakar, LZS tampil ringankan beban dua beradik

Rumah pusaka terbakar, LZS tampil ringankan beban dua beradik

 

CYBERJAYA: Malang tidak berbau buat dua orang adik-beradik apabila berlakunya kebakaran di rumah kediaman mereka di Tanjung Karang, malam semalam.

Perkara itu dikongsikan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Menurut LZS, rumah berkenaan merupakan harta peninggalan pusaka buat dua beradik, Muhd Azhar dan Ahmad Nawawi.

“Walaubagaimanapun, mereka bersyukur kerana berjaya menyelamatkan diri daripada kebakaran yang memusahkan seluruh rumahnya.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba,” maklum LZS.

Susulan kejadian itu, LZS tampil memberi sumbangan bagi meringankan beban kedua beradik berkenaan.

“Semoga seluruh ahli keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan dan ujian ini. Terima kasih kepada pengeluar zakat,” ujarnya.

 

 

Author

Pilihan Editor