HomeSukanUCL: Liverpool benam Ajax 3-0, mara ke pusingan kalah mati

UCL: Liverpool benam Ajax 3-0, mara ke pusingan kalah mati

LIVERPOOL mencatatkan kemenangan bergaya 3-0 ke atas Ajax sekaligus mara ke pusingan 16 kelompok terbaik dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2022/2023, di Stadium Johan Cruijff, awal pagi tadi.

Gol skuad the Red dijaringkan oleh Mohamed Salah, Darwin Nunez dan Harvey Elliot dengan juara edisi 2018/2019 mara ke pusingan kalah mati buat enam musim berturut-turut.

Mohamed Salah terus mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan UCL pada musim ini dengan merekodkan jaringan enam gol manakala hanya meledak tiga gol di Liga Perdana Inggeris setakat ini.

Ajax gagal menggunakan kelebihan bermain di laman sendiri setelah terlepas banyak peluang menjaringkan gol dari Sreven Berghuis yang menyepak melepasi palang di awal minit permainan serta cubaan Dusan Tadic gagal menerjah gawang dihalang oleh pemain pertahanan, Trent Alexander-Arnold.

Kekalahan itu membawa kepada penyingkiran Ajax dari saingan kumpulan manakala Liverpool akan berhadapan pendahulu kumpulan, Napoli bagi merebut slot juara kumpulan A pada minggu hadapan di Anfield.

Author

Pilihan Editor