HomeSukanUCL: RB Leipzig tumbangkan Real Madrid

UCL: RB Leipzig tumbangkan Real Madrid

RB LEIPZIG mencipta kejutan dengan menewaskan juara bertahan, Real Madrid 3-2 dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2022/2023, di Leipzig, awal pagi tadi.

Kemenangan tersebut meleburkan rekod tanpa kalah Real Madrid dalam saingan peringkat kumpulan musim ini dengan Madrid beraksi tanpa beberapa pemain tonggak iaitu pemenang Ballon d’Or, Karim Benzema, Luka Modrid, Dani Cavarjal dan Fadi Valverede.

Gol pertama Leipzig hadir di minit ke-13 melalui jaringan Josko Gvardiol dan Christopher Nkuku menjaring gol kedua lima minit kemudian untuk meletakkan pasukan tuan rumah mendahului 2-0.

Penyerang muda, Vinicius Junior merapatkan kedudukan sebelum separuh masa pertama berakhir.

Leipzig kembali melebarkan jaringan menerusi Timo Werner pada minit ke-81 manakala Rodrygo menjadikan kedudukan 3-2 hasil sepakan penalti pada babak akhir perlawanan.

Kemenangan itu membawa Leipzig di kedudukan kedua dalam kumpulan dengan kutipan sembilan mata, sementara Real Madrid yang sudah layak awal ke pusingan kalah mati kekal di tangga pertama dengan 10 mata.

Kelab dari Jerman itu memerlukan sekurang-kurangnya keputusan seri dalam perlawanan menentang Shakhtar Donetsk di minggu hadapan untuk mengiringi Real Madrid ke kelompok 16 terbaik.

Author

Pilihan Editor