HomeBeritaVennex calon BN di Ranau?

Vennex calon BN di Ranau?

RANAU: Desas-desus kuat memperkatakan calon Barisan Nasional, Vennex Jasmin @miki bakal bertanding di Parlimen Ranau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Ahli perniagaan berusia 44 tahun itu
memiliki pengalaman 23 tahun bersama kepimpinan Ahli Jawatan Kuasa Pemuda bahagian.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parlimen 179 Ranau berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak kepimpinan parti.

“Apa sahaja keputusan parti saya terima sebagai amanah dan janji setia kepada rakyat dan tanah air.

“Saya bersedia untuk semua kemungkinan termasuk jika PRU15 diadakan waktu terdekat,” katanya ringkas kepada MEDIA VARIASI.

Dianggarkan lebih kurang 18,000 pengundi BN di Parlimen Ranau dan diramalkan sekurang-kurangnya tujuh penjuru dan tiga penjuru yang di ramalkan bersaing sengit iaitu BN-GRS-PH.

Author

Pilihan Editor