HomeBeritaWanita ditemukan mati dalam bilik hotel, warga asing ditahan

Wanita ditemukan mati dalam bilik hotel, warga asing ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditemukan dengan kesan jerutan pada leher di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Alor, Bukit Bintang, di sini pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, dalam kejadian itu pihak Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur menerima laporan daripada orang awam berhubung seorang wanita tidak ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pukul 9.56 malam.

“Siasatan mendapati seorang wanita berumur 36 tahun merupakan warga tempatan dalam keadaan terbaring dan telah meninggal dunia.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lilitan di leher pada wanita itu akibat dijerut dengan menggunakan tali,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Menurutnya, seorang lelaki warga asing berusia 27 tahun telah ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan.

“Suspek telah direman selama tujuh hari sehingga 14 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Tambah Noor Dellhan, motif kejadian pembunuhan masih lagi dalam siasatan.

Author

Pilihan Editor