HomeMV+EksklusifYuran masuk akaun peribadi, pertubuhan boleh dibubarkan - Munsyi Muslim

Yuran masuk akaun peribadi, pertubuhan boleh dibubarkan – Munsyi Muslim

AMPANG: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) boleh membubarkan pertubuhan jika wujud perlanggaran undang-undang seperti penyelewengan cara kemasukan yuran ke akaun peribadi menggunakan nama pertubuhan.

Presiden Mahkamah Timbang Tara (MATE) iaitu Tan Sri Profesor Dr (Munsyi) Muslim Yacob, berkata pertubuhan kebajikan tidak berorientasikan keuntungan.

Katanya, seseorang individu dilarang menerima sebarang dana, sumbangan atau yuran menggunakan nama pertubuhan atau persatuan, sama ada berdaftar atau tidak berdaftar.

“Menerima wang daripada orang ramai menggunakan platform pertubuhan kebajikan boleh dikenakan tindakan dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiyaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

“Organisasi perlu bersepakat untuk bersetuju membuka akaun bank tempatan oleh pertubuhan bagi mengendalikan aktiviti kewangan, termasuk pengutipan dan pembayaran wang bagi pihak berkenaan.

“Ia dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa yang dilantik iaitu Presiden atau Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, dan ahli sama-sama semak uruskan akaun bank.

“Sebab perlembagaan persatuan (pertubuhan) melibatkan masyarakat, maksudnya kena kekalkan kaedah, ada bangunan, kena lantik trustee (pemegang amanah) dan perlu lantik juru audit untuk urusan perniagaan,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Beliau yang juga bekas Peguam Syarie pertama Malaysia berkata, jika berlaku tindakan undang-undang terhadap pertubuhan, perlu ada pegawai am seperti Setiausaha atau mana-mana pegawai menerima dan menguruskan proses undang-undang berkenaan.

Malah beliau menegaskan, pihak pertubuhan juga perlu melaksanakan sistem pentadbiran di landasan yang betul.

“Saya nasihatkan, (pertubuhan) buat akaun bank pertubuhan dengan bank Malaysia, selain kena betulkan sistem pergerakan atau pemulihan atau pentadbiran.

“Jika sistem tak betul, bercanggah dengan undang-undang, boleh didakwa, pertubuhan boleh dibubarkan oleh pihak berkuasa ditetapkan,” katanya.

Author

Pilihan Editor