HomeBeritaFakhri perjuang tanah, ekonomi, belia di Jelebu

Fakhri perjuang tanah, ekonomi, belia di Jelebu

JELEBU: Calon Pejuang di Parlimen Jelebu, Ahmad Fakhri Abu Samah, 41, menawarkan 13 misi dan visi dengan keutamaan menyelamatkan tanah air orang Melayu.

Beliau yang merupakan peguam dan rakan kongsi firma guaman Fakhri & Co antara misi dan visinya adalah menangani isu tanah dan perumahan generasi kedua FELDA, Felcra dan kampung.

Konsultan kajian pemilikan tanah dan ruang udara (JUPEM) ini mahu membuat tuntutan sehala sekatan tanah FELDA, Felcra dan kampung dihapuskan dan pegangan kekal selama-lamanya.

Sarjana undang-undang UiTM dan Diploma Pembinaan ini mahu menambah pewartaan gazet rizab Orang Asli.

Antara lain misi dan visinya adalah menetapkan harga getah diapungkan kepada kadar lebih baik.

Beliau mencadangkan cukai khas lori yang masuk ke kawasan FELDA, Felcra dan kampung.

“Selepas nama saya dicalonkan, saya sudah sedia untuk mengabdikan diri kepada rakyat dan negara, saya mahu beri masa dan tenaga kepada rakyat, selesaikan isu yang tak pernah selesai berpuluh tahun, ” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Fakhri bersama penduduk Jelebu

Fakhri mahu menambah baik tempat sukan dan riadah, mewujudkan peluang kerja dan niaga generasi baharu.

Turut disediakan bengkel kelas cepat mengaji dan Fardhu Ain secara percuma dan mahu wujudkan sebuah pejabat Ahli Parlimen di titik pertengahan di antara Kuala Klawang, Pertang dan Jempol.

Mengikut rekod, Fakhri adalah rakyat Malaysia pertama menawan puncak tujuh gunung tertinggi di tujuh benua di dunia berharap dapat menawan hati warga Jelebu pula pada PRU15.

Author

Pilihan Editor