HomeSukanFIFA: Tewaskan Argentina, pemain Arab Saudi bakal terima Rolls Royce

FIFA: Tewaskan Argentina, pemain Arab Saudi bakal terima Rolls Royce

KEMENANGAN 2-1 menentang Argentina pada perlawanan Piala Dunia FIFA 2022 Selasa lalu nyata membuahkan hasil buat para pemain Arab Saudi.

Kejayaan itu membuatkan Putra Mahkota Arab Saudi, Pangeran Muhammad Salman akan memberi ganjaran berupa kenderaan Rolls Royce Phantom kepada setiap pemain dalam pasukan ‘The Green Falcons’ itu, lapor Kompas.com.

Arab Saudi yang kebiasaanya dianggap sebagai pasukan bukan pilihan nyata membuat satu kejutan apabila dua gol memukau berjaya dijaringkan pada awal separuh masa kedua.

Argentina memperoleh gol pertama menerusi tendangan penalti oleh Lionel Messi pada minit ke-10 perlawanan namun kecundang dengan hasil rembatan Saleh Al-Shehri dan Salem Al-Dawsari dalam perlawanan yang disaksikan kira-kira 88,000 penyokong, di Stadium Lusail, di Doha.

Dalam perlawanan sama, tiga jaringan gol Argentina tidak dikira kerana ofsaid termasuk satu hasil rembatan Messi.

Author

Pilihan Editor