HomeBeritaIsu flat 'maut': Penghuni hilang harapan terhadap Pakatan Harapan

Isu flat ‘maut’: Penghuni hilang harapan terhadap Pakatan Harapan

SERI KEMBANGAN: Penghuni Flat Taman Puchong Permai sudah hilang harapan dan kepercayaan kepada pentadbiran Pakatan Harapan (PH) setelah puluhan aduan dibuat tiada penyelesaian.

Ia susulan flat ‘maut’ yang terlalu daif dengan bumbung tergantung tunggu masa untuk jatuh, pagar tangga reput berlubang yang boleh meragut nyawa 6,000 penghuni di bangunan berusia 25 tahun itu.

Keadaan bumbung Flat Taman Puchong Permai tunggu masa untuk jatuh

Wakil penghuni, Baharom Sulaiman
berkata, berpuluh aduan telah dibuat kepada Ahli Majlis Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), sejak peralihan pentadbiran dari Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) di kawasan itu, namun sehingga kini tidak ada sebarang tindakan di lapangan.

Baharom Sulaiman

Isu flat ‘maut’: Penghuni hilang harapan terhadap Pakatan Harapan

“Pentadbiran Selangor diambil alih Pakatan Rakyat (PKR, DAP, PAS) daripada BN pada 2008, dan terus dinaungi bawah Pakatan Harapan (PH) iaitu gabungan PKR, DAP, Amanah pula pada 2018.

“Longkang blok juga tidak diselenggara dengan baik, tersumbat, banyak jentik-jentik di saluran longkang itu, jadi, apa penyelesaian lagi selain mengadu pada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kami sendiri terpaksa membersihkan kawasan ini, walhal ia adalah tugas pekerja kontraktor PBT,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Seorang lagi penghuni, Ropie Abd Rani berkata, kes curi kenderaan, saliran air di bumbung sudah reput, silingnya juga terkopak, pagar besi tangga dan koridor pun reput mengundang maut kepada sesiapa sahaja.

Ropiae Abd Rani

“Ada kejadian seorang kanak-kanak nyaris terjatuh ketika menyandar di pagar berkenaan di tingkat tiga selepas ahli keluarganya sempat menariknya, dua tahun lalu,” katanya.

Terdahulu, calon BN Parlimen Puchong, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader bimbang melihat keadaan penempatan kos rendah penduduk di Flat Taman Puchong Permai yang tidak dibaik pulih sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tiga penggal lalu.

Beliau mengakui menerima aduan penduduk yang meluahkan rasa kecewa dengan keadaan bumbung yang reput, berlubang, tergantung di mana sebarang kejadian tidak diingini mungkin berlaku.

Syed Ibrahim berkata demikian dalam program walkabout di Flat Taman Puchong Permai sejak jam 8 pagi, Isnin.

Tinjauan MEDIA VARIASI ke flat berkenaan mendapati keadaan flat yang menempatkan lebih 6,000 penghuni itu amat tidak terurus, daif, busuk dengan bau  sampah dan najis kucing di tangga-tangga dan paling mengancam adalah bumbung nak jatuh, pagar besi di tangga dan koridor yang boleh mengundang maut.

Dalam pada itu seorang lagi, Khairul Azman Abbas berkata, pihaknya juga pernah mengadu masalah penduduk kepada Pengasas Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Maria Chin Abdullah, namun hanya sekadar melakukan kerja seperti melepaskan batuk di tangga.

Tahap kebersihan yang amat teruk di Flat Taman Puchong Permai sejak di bawah pemerintahan PH

“Kami buat aduan kepada YB Maria Chin, beliau ada bantu untuk baik pulih struktur bumbung bangunan di salah satu blok di sini, tetapi separuh jalan dan masalah tidak selesai.

“Katanya, sebab tak cukup peruntukan kerajaan Selangor di bawah PH untuk terus baik buat baik pulih.

Syed Ibrahim menunjukkan keadaan pagar tangga flat yang membahayakan nyawa penduduk

“Bekas Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Gobind Singh Deo ketika pentadbiran PH adalah penyandang di wilayah ini sebelum ditukar kepada Yeo Bee Yin, mungkin Gobind sedang lari dari masalah ini,” katanya.

Author

Pilihan Editor