HomeBeritaJadi ahli Parlimen bukan kerana jawatan tetapi demi menjaga rakyat kawasan

Jadi ahli Parlimen bukan kerana jawatan tetapi demi menjaga rakyat kawasan

SERI KEMBANGAN: Calon BN Parlimen Puchong, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader menegaskan beliau menerima tanggungjawab dicalonkan bertanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai Ahli Parlimen Puchong bukan kerana jawatan itu.

Beliau berkata demikian ketika menyantuni penduduk berbangsa Cina di Kampung Baru Seri Kembangan pada Rabu pagi untuk meyakinkan mereka memberi sokongan kepadanya.

Beliau berkata, akan menetap di Puchong dan menjadi warga Puchong agar lebih dekat dengan penduduknya dan memudahkan mereka berjumpanya untuk membuat aduan, jika menang dalam PRU15.

“Lagipun saya ini bukannya seorang ahli perniagaan. Saya menggalas tanggungjawab untuk menjadi Ahli Parlimen ini bukannya semata-mata untuk nama (jawatan) sahaja, ini memang adalah satu masa untuk saya menumpukan perhatian kepada pengundi-pengundi yang pilih saya.

“Banyak perkara yang dialami masyarakat di Puchong, saya akan selesaikan satu per satu kalau saya diberikan mandat untuk menjadi Ahli Parlimen,” ujarnya kepada penduduk yang ditemui di situ.

Author

Pilihan Editor