HomeBeritaJawatan PM masih kosong, terbuka untuk permohonan - Anwar

Jawatan PM masih kosong, terbuka untuk permohonan – Anwar

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan tiada calon yang memperoleh majoriti untuk menjadi Perdana Menteri (PM) ke-10 dan membentuk kerajaan baharu.

Jelas Anwar, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar semua pihak membentuk kerjasama bagi membentuk kerajaan yang kukuh untuk memberi tumpuan terhadap aspek ekonomi.

Anwar juga dengan nada seloroh memaklumkan jawatan Perdana Menteri jawatan tersebut juga masih terbuka kepada mana-mana calon dan boleh memohon untuk mengisi jawatan itu.

“Pandangan Tuanku, perlunya ada kerjsama dan membentuk pakatan dari semua pihak supaya kerajaan yang bakal dibentuk adalah kukuh untuk memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi negara.

“Jawatan PM masih lagi kosong memandangkan tiada mana-mana calon memperoleh majoriti. Terbuka untuk permohonan,” katanya dalam satu sidang media selepas menghadap Al-Sultan Abdullah di luar perkarangan pintu 2 Istana Negara, pada Selasa.

Menurut Anwar, gabungan PH masih lagi mengekalkan beliau sebagai calon Perdana Menteri sekiranya memperoleh majoriti bagi membentuk kerajaan pada pasca PRU15.

Author

Pilihan Editor