HomeBeritaKerajaan baharu Anwar Ibrahim tiada keabsahan moral - Faizal Azumu

Kerajaan baharu Anwar Ibrahim tiada keabsahan moral – Faizal Azumu

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berpendapat Perdana Menteri, ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 hari ini tiada keabsahan moral.

Ini kerana katanya, PH hanya mendapat 82 kerusi namun disebabkan rancangan bersama dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang melayakkannya jadi PM.

“Anwar menjadi PM bukan dengan sokongan majoriti rakyat tetapi melalui pencaturan politik dengan BN, di mana Anwar berjanji kepada rakyat semasa kempen tidak akan bergabung dengan BN yang terpalit dengan skandal dan rasuah.

“Berbeza dengan Tan Sri Muhyidin Yassin yang enggan berurusan dengan Zahid, atau pun menggugurkan tuduhan rasuah terhadap beliau semasa Muhyiddin memegang jawatan PM.

“YDPA menitah bahawa kerajaan perpaduan (unity) perlu dibentuk,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, kerajaan yang baru dibentuk dengan Anwar sebagai PM bukan Kerajaan Perpaduan.

“Ini adalah kerana gabungan politik yang mewakili orang Melayu iaitu PN tidak sebahagian dari kerajaan PH-BN ini yang didominasi DAP yang adalah parti terbesar kerajaan baru dengan 40 kerusi.

“Oleh demikian kerajaan baru di bawah Anwar dan DAP tidak mempunyai keabsahan moral,” katanya.

Author

Pilihan Editor