HomeGaya HidupSeni & WarisanKeris Laksamana Bentan abad Ke-16 dipamer buat kali pertama

Keris Laksamana Bentan abad Ke-16 dipamer buat kali pertama

MELAKA: Keris Laksamana Bentan Megat Sri Rama pada abad ke-16 yang tertua kali pertama dipamerkan kepada umum dan mencuri tumpuan pengunjung di Festival Keris Antarabangsa Melaka 2022, di Perkampungan Hang Tuah, Duyong, di sini.

Keris Laksamana Bentan yang dikatakan menjadi asbab kematian Sultan Mahmud antara kira-kira 1,000 bilah keris yang dipamer dan dipertandingkan pada festival terbabit yang menghimpunkan peserta daripada tempatan dan antarabangsa.

Nazri Al Bentan

Presiden dan Pengasas Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Pusaka Bentan Malaysia, Datuk Indra Setia Nazri Al Bentan ketika ditemui berkata, keris Laksamana Bentan inilah yang menikam Sultan Mahmud, marahnya Bentan kerana sultan membunuh isterinya, Dang Anum sedang hamil dan mengidam sebutir nangka.

Beliau yang juga waris keturunan isteri pertama Megat Sri Rama dari Riau berkata, sumpahan Bentan tujuh keturunannya tidak boleh melepasi Kota Tinggi, jika jejak muntah darah dipercayai kerana kecewa dengan tindakan sultan dan berasa teraniaya.

“Melayu ni sikap pantang dicabar apabila dia benar, maka sumpah lah sebagai senjata doa orang teraniaya.

“Perut saya pernah kembung perut ketika melalui Kota Tinggi pada 1978, tetapi keturunan kami dah boleh jejak selepas tempoh 1699 hingga 1899, bersamaan tujuh keturunan tamat, sudah habis sumpahan,” katanya kepada MEDIA VARIASI di Muzium Hang Tuah, di sini.

Menurut sejarah lisan dari Kelantan, keris bermaksud Keramat, Rahsia, Yang Satu.

Festival dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Datuk Akramuddin Ab Aziz.

Turut hadir, Pengurus Besar Perzim, Dr Mohd Nasruddin Rahman, wakil pegawai Persatuan Warisan Adat Keris Melaka (Pewaris), Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara, Tan Sri Prof Datuk Wira Dr Abdul Latiff Abu Bakar dan Tokoh Pelukis Negara, Ismail Embong.

Ismail Maembong bersama lukisannya di Muzium Hang Tuah Melaka

Festival itu dianjurkan Perzim, Pewaris, Institut Warisan Melaka (INSWA), Akademi Seni Budaya Melayu Nusantara dan Persatuan Cahaya D’Lima, Bulan, Bintang dan Matahari membabitkan peserta pelbagai negara seperti Singapura, Indonesia, Thailand.

Terdapat 10 kategori keris dipertandingkan antaranya Bugis, Pukal, Semenanjung dan lain-lain.

Sementara itu, Akramuddin berkata, pihaknya bercadang untuk menjadikan festival berkenaan sebagai acara tahunan negeri Melaka, malah mengesyorkan ia tersenarai dalam pengiktirafan Malaysian Book of Records (MBOR), tahun depan.

“Cadangan ini bertujuan memelihara dan memulihara warisan seni keris khususnya mendidik anak muda tidak lupa mengenali senjata bermata dua, lurus dan berkelok terutama kaedah pembuatan dan komponennya,” katanya.

Author

Pilihan Editor