HomeBeritaKKM sahkan berita penularan 'COVID-19 Omicron XBB' palsu

KKM sahkan berita penularan ‘COVID-19 Omicron XBB’ palsu

CYBERJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan khabar angin di media sosial berkenaan penularan ‘COVID-19 Omicron XBB’ adalah palsu.

KKM dalam kenyataan di Twitter rasminya hari ini, menyatakan pendiriannya terhadap khabar angin yang tidak mempunyai bukti secara saintifik itu.

Dalam kenyataan sama, KKM turut berkongsikan gambar yang memaparkan berita palsu tersebut dari aplikasi WhatsApp yang sudah dicopkan ‘palsu’.

“KKM memandang serius terhadap penyebaran maklumat palsu yang tular di media sosial baru-baru ini berkaitan ‘COVID-19 Omicron XBB’ yang boleh mengundang kepada kekeliruan fakta tanpa pembuktian secara saintifik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak berkongsi maklumat tersebut supaya tidak menimbulkan suasana panik dan kekeliruan dalam kalangan komuniti.

“Di samping itu, KKM turut menyeru agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan yang tidak diketahui kesahihannya,” tegas KKM.

Author

Pilihan Editor