HomeBeritaMajlis Gereja-Gereja Malaysia nafi tuduhan Muhyiddin

Majlis Gereja-Gereja Malaysia nafi tuduhan Muhyiddin

CYBERJAYA: Majlis Gereja-Gereja Malaysia menafikan tuduhan bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa penganut Kristian di sini berganding bahu dengan sekumpulan Yahudi untuk mempromosi dan mengkristiankan Malaysia.

Setiausaha Agungnya, Jonathan Jesudas berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Muhyiddin dalam satu ceramah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) PN baru-baru ini.

“Kenyataan ini bukan sahaja tidak benar malah tidak bertanggungjawab bagi seorang ahli politik yang mempunyai pendirian untuk membuat kenyataan sedemikian kepada umum yang dibawa dan dilihat secara meluas di media sosial atau orang ramai.

“Kita hidup dalam negara berbilang agama dan kaum dan sensitiviti setiap masyarakat perlu diambil kira semasa berucap di forum awam.

“Kenyataan sebegitu, yang dilafazkan secara sembarangan, mempunyai kecenderungan untuk menimbulkan ketegangan dan persengketaan kaum dan agama,” tegasnya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Justeru, beliau menggesa agar pihak berkuasa segera bertindak di atas tuduhan Muhyiddin itu bagi menangani perkara itu berulang.

“Perkara ini mesti ditangani pihak berkuasa untuk memastikan pengabaian terang-terangan terhadap kebenaran, dan sensitiviti pelbagai agama tidak dibenarkan atau berulang,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Muhyiddin berkata dalam ceramahnya supaya rakyat Malaysia tidak mengundi PH dalam PRU15 kerana parti itu disokong penganut Kristian dan sekumpulan Yahudi untuk untuk mempromosi dan mengkristiankan Malaysia.

Author

Pilihan Editor