HomeBeritaPeguam SM Faisal cuti sakit, mahkamah tangguh bicara kes gangguan

Peguam SM Faisal cuti sakit, mahkamah tangguh bicara kes gangguan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menangguhkan prosiding gangguan yang difailkan oleh jutawan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin terhadap bekas isterinya, Emilia Hanafi.

Ia berikutan peguamcara Faisal cuti sakit dan meminta agar kes dilapangkan. SM Faisal tidak hadir hari ini.

Peguam, Amer Ashrhaf dari firma guaman Nizam Bashir & Associates
mewakili Emilia.

“Mahkamah menetapkan prosiding bersambung pada Jumaat ini,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Bersama Amer, pelatih dalam kamar mewakili SM Faisal pada kes hari ini, bagaimanapun ahli perniagaan itu tidak hadir.

Turut hadir, wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gulab Jan Fazal Eladi.

Terdahulu, mahkamah telah menolak injuksi sementara yang difailkan Faisal pada 22 Julai lalu bagi memohon ganti rugi dan perintah menghalang Emilia memuat naik sebarang kata-kata ataupun ‘posting’ di semua platform media sosial serta media massa.

Pihak plaintif turut memohon agar Emilia agar tidak menulis sebarang status kes Mahkamah Syariah dan juga di Mahkamah Sivil.

Plaintif (Faisal) secara umumnya mendakwa Emilia telah membuat kekacauan kepadanya, keluarganya dan reputasinya susulan perkara-perkara yang didakwa tersebut, yang mana Emilia telah menafikan sekeras-kerasnya.

Menerusi tuntutan itu juga, plaintif memfailkan suatu permohonan untuk mendapatkan perintah halangan ataupun injunksi interim terhadap Emilia sementara prosiding kes.

Plaintif juga memohon Emilia berada dalam lingkungan 500 meter daripadanya, wakilnya, keluarganya, serta premis-premis kediamannya dan perniagaannya.

Namun dengan keputusan Mahkamah berkenaan semua tuntutan itu tidak boleh diteruskan.

Barisan peguam yang mewakili Emilia selain Amer adalah Nizam Bashir dan Azad Akhbar Khan.

Terdahulu, Faisal turut memfailkan saman terhadap penyanyi rap Caprice dan aktivis, Mona Din berikutan menulis kes Emilia di media sosial masing-masing.

Isteri ahli perniagaan terkenal itu dipenjara selama tujuh hari di atas kesalahan gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur berhubung tarikh lawatan ketiga-tiga anak mereka.

Setelah dibebaskan, Faisal memfailkan tuntutan harta sepencarian daripada Emilia berhubung satu per empat bahagian kediaman kelamin mereka sepanjang tempoh perkahwinan.

Author

Pilihan Editor