HomeBeritaPenduduk Puchong luah isu 'parkir' dan anjing liar belum selesai

Penduduk Puchong luah isu ‘parkir’ dan anjing liar belum selesai

PUCHONG: Semakin ramai bertemu penduduk Puchong, semakin banyak masalah tidak selesai, timbul kerana tiada penyelesaian daripada wakil rakyat terdahulu.

Jika sebelum ini, penduduk mengadu masalah keselamatan pangsapuri daif, masalah perparitan, gerai peniaga mahu dirobohkan, bantuan tidak sampai kepada mangsa banjir, wakil rakyat tidak datang walaupun rakyat sendiri memanggil turun.

Terbaharu, isu tempat letak kenderaan di kawasan penduduk padat dan anjing liar berkeliaran yang boleh merisikokan keselamatan terutama murid ke sekolah.

Penyelia bangunan pangsapuri Desaminium, Mohd Rabbiee Mohd Deris berkata, isu tidak cukup tempat letak kenderaan yang menyebabkan berlaku kemalangan dan anjing liar tidak diselesaikan dengan baik oleh wakil rakyat sebelum ini.

Katanya, penduduk hanya memohon jika ada kawasan lebih selesa untuk parkir kenderaan masing-masing bagi mengelakkan berlaku kemalangan.

“Kebanyakan penduduk di sini, memiliki dua kereta, dan ada yang terpaksa parkir di bahu jalan kerana tidak cukup tempat letak kereta.

“Jadi, kami mohon pihak MBSJ (Majlis Bandaraya Subang Jaya) kalau ada kawasan lain untuk letak kereta.

“Sini juga banyak anjing liar, sering mengganggu penduduk ketika berjoging. Kita pun risau, berlaku kemalangan sebab anak-anak penduduk ramai gunakan pejalan kaki ke sekolah, bila ada anjing liar mereka terpaksa elak,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Syed Ibrahim ketika hadir ke ceramah bersama calon BN untuk PRU15 di Parlimen Puchong

Mohd Rabbiee berkata, pihaknya bagaimanapun sering merapatkan ukhuwah bersama penduduk terutama ibu atau bapa tunggal dengan menziarahi mereka secara berkala.

“Kami di pihak JMB (Badan Pengurusan Bersama) kadang-kadang akan ziarah dan rapati mereka, sambil memberikan bantuan yang diperlukan mereka. Ini termasuk ketika pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Puchong, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader kerana berkunjung bertemu penduduk di kawasan itu.

“Walaupun (hadir) secara terjah, kita minta penduduk mengenal pasti calon bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) di sini, dan berharap yang menang supaya melaksanakan tugasan yang betul kepada rakyat,” katanya.

Author

Pilihan Editor