HomeBeritaPentadbiran negara masih berjalan bawah 'caretaker government' - Agong

Pentadbiran negara masih berjalan bawah ‘caretaker government’ – Agong

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan bahawa pentadbiran negara masih berjalan di bawah pentadbiran kerajaan sementara (caretaker government).

Baginda bertitah sedemikian ketika berkenan mencemar duli bagi menyantuni para pengamal media di hadapan Pintu 2 Istana Negara sekitar jam 1.45 petang pada Isnin.

Baginda bersama-sama dengan pihak Istana Negara memberikan makanan kepada para pengamal media yang membuat liputan di sini.

Titah baginda tersebut adalah susulan baginda bertitah memperkenan proses ketua parti politik mengemukakan gabungan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) serta pencalonan Perdana Menteri ke-10 dilanjutkan sehingga jam 2 petang pada Selasa.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihak Istana Negara, titah memperkenan itu adalah kerana pihaknya menerima permohonan tersebut daripada ketua parti-parti politik dan gabungan parti politik pada hari ini.

Author

Pilihan Editor