HomeBeritaPihak berkuasa agama digesa siasat Siti Afifah

Pihak berkuasa agama digesa siasat Siti Afifah

KUALA LUMPUR: Netizen meminta pihak berkuasa berkaitan menyiasat penceramah bergelar ustazah Siti Afifah yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan masyarakat negara ini.

Berdasarkan tinjauan di media sosial, rata-rata meminta Jabatan Agama Islam Kemajuan Malaysia (JAKIM) dan majlis agama islam negeri berkaitan, menyiasat individu itu sebelum terus mengeluarkan kenyataan tidak mengelirukan.

Nuraishah menyatakan Jabatan Agama kena siasat mereka (golongan pendakwah) semakin mengelirukan (kenyataan) orang awam @myjakim @Majlis Agama Islam Selangor

Ana menyatakan bahawa kenyataan ustazah Siti Afifah itu sangat mengelirukan orang awam.

Penceramah motivasi, Amin Idris turut mendedahkan bahawa ustazah tersebut tidak mempunyai latar belakang pengajian agama seperti agamawan yang lain.

“Saya dapat info rupanya ustazah ini tidak ada background pengajian agama yang formal. Nak claim dia sebagai agamawan, ilmuan itu agak sukar.

“Kita kena hati-hati daripada mengambil ilmu daripada mereka. Apatah lagi, saya dapati banyak juga kenyataan di media sosial yang sangat misleading.

“Terbaru, mereka mendakwa semua suami yang hantar isteri bersalin diuruskan oleh doktor lelaki dianggap dayus. Kena faham! Dayus ini dosa besar,” katanya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan doktor wanita yang terlibat dalam bidang Obstetrik & Ginekologi (O&G) tidak ramai memandangkan ia memerlukan kudrat yang kuat.

Jadi, tanggungjawab itu perlu ditampung bersama doktor lelaki.

“Apatah lagi, doktor O&G tak ramai. Bila ustazah itu kata doktor dah ramai, itu betul iaitu doktor secara umum. Doktor perempuan O&G tak ramai, yang ramai itu lelaki.

Terdahulu, video ustazah Siti Afifah mengatakan bahawa suami itu dayus kerana membiarkan isteri bersalin disambut doktor lelaki telah menjadi perdebatan sehingga ramai pendakwah tampil menangkis dakwaan tersebut.

Selepas tular isu tersebut, video lamanya yang menghina golongan artis juga mendapat kecaman umum serta tindakannya yang menyelar semula penjelasan Ustaz Azhar Idrus telah mengundang rasa kurang senang warganet

Ramai pendakwah meminta agar wanita itu tidak terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan kerana boleh jadi mengundang salah faham kepada masyarakat.

.

Author

Pilihan Editor