HomeBeritaPM ke-10 masih jadi tanda tanya

PM ke-10 masih jadi tanda tanya

 

KUALA LUMPUR: [KEMASKINI] Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan sehingga kini Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah masih belum membuat sebarang keputusan berhubung pelantikan Perdana Menteri ke-10 Malaysia.

“Beri sedikit masa untuk Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membuat pertimbangan bagi memutuskan keputusan secara muktamad,” katanya ketika ditemui media di hadapan pintu 2 Istana Negara, hari ini.

Sebelum ini, stesen Channel News Asia (CNA) melaporkan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri interim.

Difahamkan maklumat berkenaan dipetik menerusi sumber rapat dengan Anwar yang memaklumkan Anwar perlu memperolehi majoriti di Dewan Rakyat.

 

Author

Pilihan Editor