DOHA: Bruno Fernandes menjaringkan dua gol sekali gus melayakkan Portugal menempah tempat ke kelompok 16 terbaik kejohanan Piala Dunia dengan kemenangan 2-0 ke atas Uruguay di Stadium Lusail.
Gol pembukaan berlaku pada minit ke-54 apabila pemain tengah itu cuba membuat hantaran silang kepada Cristiano Ronaldo, meskipun penyerang itu gagal mendapat sentuhan, beliau berjaya mengatasi penjaga gol Uruguay, Sergio Rochet, lapor Xinhua.
Uruguay mengasak untuk menyamakan kedudukan tetapi rembatan lencong Maxi Gomez terkena tiang, manakala Fernandes dihadiahkan peluang sepakan penalti pada minit terakhir selepas video bantu pengadil (VAR) menunjukkan bola terkena tangan pemain pertahanan Uruguay Jose Maria Gimenez.
Pemain tengah itu hampir menyempurnakan jaringan, tetapi cubaannya untuk menjaringkan hatrik gagal apabila rembatannya terkena tiang.
Uruguay perlu menewaskan Ghana dalam perlawanan terakhir kumpulan untuk berpeluang mara ke kelompok 16 terakhir. – BERNAMA