JUARA bertahan La Liga, Real Madrid menemui rentak kemenangan setelah gagal menang dalam dua perlawanan berturut-turut sebelum ini dengan menewaskan Cadiz 2-1, di Santiago Bernabeu, Madrid, awal pagi tadi.
Pemain tengah, Toni Kroos menjadi watak penting untuk membawa Real memenangi perlawanan ini dengan menjaringkan gol kemenangan dan menyumbang satu hantaran kepada Eder Militao sementara Lucaz Perez menjaringkan gol tunggal buat pasukan pelawat.
Kemenangan ini amat penting buat pasukan bimbingan Carlo Ancelotti yang kini mengekor rapat pendahulu La Liga, FC Barcelona dengan jurang dua mata setelah cemerlang menewaskan Osasuna.
Madrid dilihat ini gagal menghadirkan permainan terbaik serta aksi konsisten dalam dua perlawanan liga terakhir mereka dan kejayaan menewaskan Cadiz mengelakkan momentum mereka berdepan tiga perlawanan tanpa kemenangan La Liga buat kali pertama dalam tempoh dua tahun.
Perlawanan ini merupakan terakhir La Liga sebelum berehat panjanh bagi memberi laluan kepada Kejohanan Piala Dunia 2022 di Qatar sehingga Disember depan.