HomeBeritaSatu PPS ditutup, mangsa banjir kilat di Johor berkurangan

Satu PPS ditutup, mangsa banjir kilat di Johor berkurangan

 

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir kilat di Johor menurun kepada 36 mangsa setakat 4 petang ini, berbanding 93 orang pagi tadi susulan penutupan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Al-Barakah, Kota Tinggi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan, penutupan PPS tersebut menjadikan hanya dua PPS yang masih beroperasi setakat ini.

“Dua PPS yang masih dibuka sejak semalam adalah Balai Raya Kampung Batu Badak dan Balai Raya Kampung Kuala Paya di daerah Segamat.

“Sementara kawasan yang terjejas melibatkan penduduk dari Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Batu 5 dan Kampung Kuala Paya,” katanya dalam kenyataan itu.

Cuaca di daerah Johor Bahru, Muar, Pontian, Segamat, Kluang dan Batu Pahat dilaporkan mendung, manakala Mersing, Kota Tinggi, Tangkak dan Kulai adalah cerah. – BERNAMA

Authors

Pilihan Editor